Monday, April 27, 2009

Jangan Gelak...

Lawak 1 :

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar.Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.


Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?

Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.


Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.


Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???


******************************************************************************************


Lawak 2 :

Dalam sebuah kebun, terdapat pelbagai pokok buah-buahan, tiba2, kebun tu terbakar, semua buah-buahan musnah kecuali 3 buah je yang terselamat.. buah ape ekk??


1. Buah Cempedak = diluar pagar

2. Buah Keranji = didalam perahu

3. Pisang Emas = dah dibawa belayar...


******************************************************************************************

Lawak 3 :

Pada suatu hari, ada la 3 sahabat berborak di satu kedai kopi.


A : bapak aku terer tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!

B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.

C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh!!


******************************************************************************************

Lawak 4 :

Di stesen keretapi, ada satu makcik ni dia tanya Attenden kaunter.


Makcik: Dik, keretapi sampai jam berapa??

Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??

Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas je...


******************************************************************************************

Lawak 5 :

Di tempat kerja...

Majikan : Kamu dipecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...


******************************************************************************************



-THE END-

Terkangkang...

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar.

Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang. Pelajar A kata, "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry!". Pelajar B pulak kata, " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki...". Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?". Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.


Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...





-THE END-


Hahahahahahahah.. LOL.. xD

Ceramah...

Dalam satu ceramah agama kat surau...


Ustaz: Ada apa-apa lagi soalan mengenai rumahtangga?

Makmum: Saya ada soalan... kalau marah isteri boleh?

Ustaz: Boleh tapi jangan kasar2... lemah lembut..

Makmum2: Kalau saya sayang isteri ... contoh cium pipi, atau ketiak..???

Ustaz: Boleh cium isteri kita.. tapi kalu cium ketiak... masam sikitlaa... hehehe

Makmum3: Hehehehe, ustaz ni penah cium ketiak isterinya (dalam hati)





-THE END-


*pengajarannya, jgnlah kita cium ketiak isteri kita... wakakaka.. xD

Dua Kualiti Dalam Bidang Perubatan...

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..



"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....



"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk... yang kamu semua pegi jilat jari yang sama buat apa......."





-THE END-

-,- Geli btul..

Surat Putus Cinta...

Timah, ingin memutuskan hubungan dengan boyfriend mat sallehnya melalui surat. Suratnya berbunyi begini...




Hi,

My motive writing this letter to give know u something. I want CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL BODY from this love. I hav think about this COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I dont trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. good bye... SAFE WALK!


The true,

Timah.








Terjemahan perkataan Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
SAFE WALK - SELAMAT JALAN





-THE END-

Sunday, April 26, 2009

Orang Bodoh & Orang Pandai...

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)


Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta/motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)


Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut, bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria. kena bayar lak tu!
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut, bla bla bla angkut bawak balik !!!!


Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wooo


Orang bodoh = kentut kuat2 kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! lepas tu bermati-matian salahkan member sebelah... (guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)


Orang bodoh = ada masalah, gi cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh, pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)





-THE END-


Hahahahah.. Bodohs~ xD

Pantun Ikut Slang Negeri2 Di Malaysia...


Kelantan :
Make ikke cicoh budu ;
Jange lupo tamboh satar ;
Kelik rayo taksir laju ;
Nanti rayo dale sepita.


Terengganu :
Makang ubi jamang jepong ;
Makang kepok cicah cuke ;
Bulang pose mung bengong ;
Bulang raye mung gile.


Pahang :
Sepadan Pahang ada kasino ;
Nasi dagang ikan patin ;
Jange mu masam muko ;
Raya makan rendang sadin.


Johor :
Cegitu cegini awak suke ;
Awak suke kite tak suke ;
Esok luse hari raye ;
Sama-sama bersuke rie.



Melaka :
Hawau kau berak merate ;
Kaki bengkak ulau patok ;
Kalu balik naik kerete ;
Jangan pandu kalau ngantok.


N. Sembilan :
Masak lomak cili api ;
Campo dongan! daun turi ;
Hari rayo kolumpo sopi ;
Tinggal penyamun dongan pencuri.

(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur :
Wa cakap lu wa tak tau ;
Tapi wa tipu sama lu ;
Raya jangan buat tak tau ;
Angpau ada bagi gua dulu.


Perak :
Gulai tempoyak ikan mayong ;
Deroyan busok tebok tupai ;
Pandu hemat ingat kampong ;
Asal teman selamat sampai.


Kedah :
Aloq Staq terketaq-ketaq ;
Lapaq perut makan pau ;
Macam mana tak ketaq ;
Kena paksa bagi angpau.


Penang :
Nasi kandaq kedai mamak ;
Anak mami juai pesemboq ;
Lepas raya usah dok triak ;
Kalu ceti mai ikut dapoq.


Perlis :
Padang besaq kecik aja ;
Tempat siam lalu lalang ;
Hari raya kita berbelanja ;
Jangan sampai menambah utang.





-THE END-


Hahahahah.. Lawak gile baii.. Kedah ngn N.Sembilan aa tak tahan.. xDD

Thank You Seven...

Ad sorg pemuda ni. Dia baru je reti ckp bhs Inggeris. Perkataan yg dia tau, hanyalah :

Its ok, nevermind ;
Thank You ;
One, two, three, four, five, six, seven ;
Bye-bye.


Pada suatu hari, pemuda ni bergegas utk ke tmpt keje, smbil membawa beberapa brg. Tbe2, die trlanggar sorg mat salleh. Abes jtuh sume brg2 pemuda tu. Mat salleh tu pun tlg angkat brg2 yg jtuh tu.


Pemuda : ( Inilah peluangku utk menunjukkan kehebatanku speaking ingeris ) katanya dlm hati.

Mat Salleh : Oh, I'm Sorry.

Pemuda : It's ok, nevermind. Thank you.

Mat Salleh : Thank you too.

Pemuda : ( Hmm.. Lpas two, mesti three ) Thank you three.

Mat Salleh : ( Hairan ) What for?

Pemuda : ( Hmm.. Four.. Four, five ) Thank you five.

Mat Salleh : Are you sick?

Pemuda : ( Alamak! Lpas six.. seven, pstu aku dh tak tau dh.. kne cbut lah.. ) sambil mengambil barang2nya dan trus brgegas, pemuda tu pun jerit dari jauh, THANK YOU SEVEN! BYE-BYE!






-THE END-


*Pengajaran dr cte ni.. klau dh xreti ckp inggeris, xyah la brlagak pndai nk speaking..
Hahahahah.. xD

Pantun Sakit Hati- 2

Kajang Pak Malau kajang berlipat ;
Kajang hamba mengkuang layu ;
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat ;
Kain aku, si pencuri yang sapu.


Rumah Pak Mamat di tepi sawah ;
Pakai langsir berwarna biru ;
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah ;
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.


Air pasang dalam surut pukul lima ;
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga ;
Haloo nyonya, mau tanya sikit ;
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?


Tuai padi antara masak ;
Esok jangan layu-layuan ;
Kalau padi tu belumlah masak ;
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.



-THE END-

Pantun Sakit Hati- 1

Kalau ada sumur di ladang ;
Bolehlah hamba menumpang mandi ;
Patutlah bau badan kau busuk semacam ;
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.


Pisang emas dibawa berlayar ;
Masak sebiji di atas peti ;
Kat pasaraya tak ada hutang hutang ;
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery.


Kalau ada jarum yang patah ;
Jangan di simpan di dalam peti ;
Kesian betul dengan kau ni ;
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.


Dua tiga kucing berlari ;
Mana nak sama si kucing belang ;
Kalau kau berani kejarlah kucing tu ;
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.





-THE END-

Saturday, April 25, 2009

GO-blog.. Goblok.. HAHAH..



Ehem2...
Aq disini, ingin menceritakan kpd kowg sume. npe aq wt blog nih...

Aq wt blog ni sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab...
sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... sebab... ...........


*2 jam kemudian*


........entahla. aq pn tak tau.. HAHAH.. xD

hmmmm.. sbnrnye, aq wt blog ni sbb aq bce blog kwn2 aq (alyn & mira) mcm bes jee.. aq pn wt blog lahh..

-THE END-
:P


*Goblok tu mksudnye bodoh