Wednesday, April 6, 2011

hmmmmm ...

6 april 2011 -

today is wednesday. pkul 3 petang nanti aku ade driving lesson aku yang pertama.


aku bangun macam biasa. mandi, solat, ape sume. aku ikut mak aku sampai serdang, lepak kt office mak aku dulu.

jam pukul 10, aku dah bosan. aku call megat, nak ajak main dota. tapi tak angkat2. aku dah mula menyirap.

aku call rakhman, skali je, terus dia angkat.



"assalamualaikummmmm, weiiiii bilaaaaa naaaaak dotaaa ?? "

"wasalam. haa, jap. kau tunggu je, nanti kitorang nak gerak, aku gtau."

"ooo... ok !"



dah pukul 10 lebih, baru fahmi sampai dengan kete kancil dia. dalam kete tu ade fayyadh, halim, & rakhman. agak sempit lah, tapi takpe, berhimpit kejap.

sampai depan cc, fahmi cakap dia kena pegi putrajaya. well, ok. lantak kau ah.


megat dengan ien dah tunggu depan cc.



so, dekat cc tu ade aku, adik aku, megat, rakhman, ien.

btw, lupa nak cakap, adik aku hari ni ponteng sekolah sebab bibir dia tiba2 bengkak, dah macam angelina jolie dah aku tengok. LOL ~


aku pn cakap kt kawan2 aku, "asal tak msuk cc dulu ? jom aaaa dotaaaa ~~~"

ien bersuara, "haa, kau try masuk dulu, bau macam orang muntah ko tauuu"

aku pn pegi la, tepat2 depan pintu cc tu, peeeeehhhhhh. bau macam jagung basi. -______-



kitorang pn lepak2 dulu..


pstu, ade budak2 prmpuan pakai baju sukan SMKSS lalu depan kitorg. budak petang rasenye.

ade sorang budak ni mencarut, memang dia nak satu serdang ni dengar suara dia.

"wei, ko ni *****g la, ******k, *****t, bebiii" budak tu cakap kt kawan dia. kawan dia pulak gelak2. aku tengah pelik jap. kawan2 aku dah gelak2 ejek budak2 uh. haha




lepak punya lepak, aku dah mula bosan.

"wei, korang tak rase kt sini semakin sejuk ke ?"

megat jawab, "jom ahh try masuk, bau muntah tu dah ilang kot"


bila masuk tu, ok pulak. takde lagi bau jagung basi. kitorang pn main laa dotaaaa :D




megat, ien, rakhman duduk 3 pc berderet. aku & adik aku duduk jauh2 sikit. kitorang main 3v2. aku geng dengan adik aku. megat, ien, rakhman, geng lain. mode -aromnr



main punya main, tiba2 aku dengar ade budak perempuan cakap.

"weh, kau kenal tak Haziq A Haziq ?"

aku dengar, tapi malas nak carik sape yang cakap tu. megat pulak taip dalam game, "ade orang sebut Haziq A Haziq baiiii"

dahh, sume start kecoh bahan aku dalam game tu. tapi sekejap jela. haha



dalam cc tu, tibe2 ade budak sekolah tanye aku, "haziq, budak hot mane ?"

"ha ? sape ??"

aku kenal dia pn tak, so, malas aku layan.


masa tinggal lagi 20 minit. datang pulak arief & luqman join the game.
kitorang pn tambah la seringgit lagi. main -arshom

game 1st macam sengal, semua dapat tuskarr. memang gila lah semua guling2.

game 2nd pulak, mode same. semua dapat pit lord. lagi lah sengalan.



dah habis tu, kitorang nak blah sebab dah pkul 2.30 , nak makan lagi enn.

luqman lagi sedih,

"aduhhh, korang dah nak gerak ke ? aku dah main 3 ringgit. ingatkan korang nak lepak lama"

kitorang pn chowww. salah luqman gak la, sape suruh tak tanye kitorang main bape jam. :DD




kitorang makan kt medan, then lepak mcD. aku suruh tenaga mahir tu pickup kt mcD. dah pukul 3.15 tak sampai2 lagi. aku pn call lah lagi.

"hello, akak. mane orang yang nak amek ni. tak sampai2 pn lagi."
"hello, tenaga mahir, eh ? orang mane ? amek ape ? sape niii ??"
"saya Muhammad Haziq, kan saya ade kelas memandu pukul 3. ni dah pukul 3.15 tak sampai2 lagi. macam mana ?"
"ehh, yeeeekee nii ? bia betuull ? dah sampai kot ? cuba cari kereta wane merah (cara akak tu cakap, dia ingat aku main2) -,-"
"betul lahh, tadi saya suruh amek kt mcD kann. takde pn kereta merah."
"ohhhh. haaa, ye ye, sorry. kejap ehh"

memang menyirap.com laaa -____________-"


pukul 3.25 baru orang tu sampai. zzzzzzzz. aku suruh adik aku lepak mcD dlu, nanti kawan aku tolong hanta adik aku balik office la.


sampai tempat driving tu, aku bagitau dia aku nak solat kejap. dia pn tunggu dalam kete. aku dah berwuduk sume, then baru ingat aku taktau kiblat kt mana. aku pn tanya lah cikgu tu, "umm, kiblat kt mane eh ?"

tiba2 ade uncle cina ni pulak yg jawab, "kiblat ikut angle, dekat angle" (dengan tangan menunjuk arahnya)

"oooo.... ok."

dalam hati, *ehh ? uncle ni tau pulak arah kiblat. dahsyattt !*



aku pn solat lah. dah habis tu, baru mula latihan. cikgu tu tunjuk lah, macam mane nak gerak ape sume.


aku pn try, at first, aku agak cuak la. bila dah gerak, aku ok jee. syok la pulak. hahaha. cikgu tu suruh lepas clutch habis, aku pn lepas la. ok jee jalan. lepastu, dia suruh berhenti kejap, tukar kete. aku dalam hati, *aik ? orang tengah syok bawak, nak suruh tukar kete pulak. adesss*

cikgu tu pn bawak aku naik kete kancil hijau. tadi merah, sekarang hijau. tak banyak perbezaan ponggg.


start2 enjin, masuk gear, jatuhkan handbrake, aku terus lepas clutch habis.
"EKKK !" mati enjin. aku pn pelik.

cikgu tu cakap,

"ehh ? kenapa lepas clutch habis ?? start balik, start balik"
"entah. tadi lepas habis, ok je jalan"
"bukan laaa. lepas clutch sikit, tahan dulu, dah jalan, baru boleh lepas habis"
"ooooooohhhhhhhhhh" (aku buat muka budak tadika baru belajar ABC)


dah jalan tu, aku bosan

"kenape kete ni lembab ? kete merah tadi laju sikit"
"tekan minyak sikit, jaga clutch"

aku pn tekan sikiiitttt je. VROOOMMMM !! tapi tak la laju sangat. aku pandai agak. :D

pusing tempat tu 2-3 kali, lepas tu, blaja naik bukit. 1st time naik, susah jugak la. tapi masa turun tu besss. weeeeeeee ~

kaki pulak kene laju, mula2 tekan minyak, jaga clucth, sampai atas bukit tu. agak2 kete nak turun, tekan clutch habis, jaga brake. masa turun tu aku brake sikit2. cikgu tu dah suspen,

"tekan brake ! tekan brakeeee !!!"

pstu aku tekan habis.


"awak ni tekan biar habis la. jangan tekan sikit2"
"ooohhhh. ingatkan brake dia macam pedal minyak. tekan sikit, dah brake. haha."
"haihh, macam2 lah. masuk gear satu."


then, round2 lah, naik turun bukit. aku pulak macam dah expert bawak. huhuhu.
tengah2 bawak tu, ade burung tu asek bunyi je, "uuuuuuuwok, uuuuuwok" (taktau macam mana nak tulis bunyi dia)

cikgu tu pn ikut bunyi dia,

"uuuuuuuuuuuuuwok, uuuuuuuuwok. burung nih, dekat mane2 pn ade kan ?"
"hahahah. a'ah2."
"orang cakap, kalau burung ni bunyi, maksud dia ade yang nak meninggai. betul ke ?"
"emmm, ye eh ? taktau pulak" (aku rase cikgu ni nak refer kepada burung hantu kot)
"burung ni name die burung gagak yek ?"
"ehh, tak la. burung gagak bunyi dia lain sikit- aarkk, aarkk" (aku buat bunyi gagak) hahahah
"oohhh, gitu ye. macam mane nak beze die ?"
"aha. tengok paruh dia la. kalau burung ni, wane kuning. gagak wane hitam. pstu, gagak ni besar sikit"
"oooohhh, gituu."


dah belajar naik turun bukit, belajar reverse. aku pn ikut jela cakap cikgu tu. tapi cikgu tu banyak explain kt aku, masuk telinga kiri aku, keluar telinga kanan. hahahahha.


dah habis latihan, cikgu dah hanta aku balik office mak aku. sampai sana, adik aku tengah tido. tunggu mak aku buat keje sikit, then balik rumah.


ohhh, baru teringat. aku tak tanya pn cikgu tu nama dia sape. xP

6 comments:

nurhafizah said...

haha. best tak bwk kete ? :p

Haziq said...

best laaa jugaakkk ~ xD

Farah Amira said...

wahhhhhh ! :O

Haziq said...

kenapa ??? :O

Anonymous said...

Weh weh, cikgu tu laki ke perempuan? HEHE

Haziq said...

pompuan. blaja ngn die tak best ah, blaja ngn uncle tu best skit. xP