Tuesday, February 1, 2011

Hantu Tindih

Sekarang ni, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau hantu??



Ramai antara kita yang habaq bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).




Kalau saya tanya, saya yakin mesti ramai jawab pernah kena. Saya pun secara jujurnya mengakui pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa form 4 dulu. Minggu lepas masa di kampung pn kena jugak. Adalah dalam 2 kali jugak dalam satu malam. Masa tu saya sedar. boleh bukak mata separuh. Saya tau saya sedar. tapi takleh gerak. seperti ada sesuatu yang menghalang pergerakan saya..

Kengkadang geram gak sbb takleh gerak. pastu 5 minit barulah leh gerak. Saya pun takut... mmg ingatkan kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...
Tapi bila dh terbaca satu article ttg tubuh badan manusia, baru lah saya tau. Ni saya nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih ni atau nama medicalnya 'sleep paralysis'.



Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)





Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak (masalah pelajaran, keluarga, cinta, kewangan, bla2..)

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal.. aktiviti2 yg extreme)

6. orang yang ade penyakit narcolepsy. (kalau tak tau ape tu narcolepsy, rajin2kn lah diri search kt google ekk)






So, janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu hempap-hempap. Pdhal takde pape pn laaa. :P







btw, kalau korg nak sangat tengok hantu, tengok la kt bawah ni...































hua hua hua huaaa.... :P

2 comments:

NurHanisa said...

ohhhhhh! baru aku tau maksud hantu tindih ni --" aku pikir apa benda lahh hantu tindih tindih ni..

Haziq said...

hahaha. bagus la sekarang kau dah tahuu ~ xD


theres no such thing as 'hantu tindih' ecehhh